Nuffnang

Sunday, May 05, 2013

Majlis Perujian Tilawah Al-Quran Peringkat Zon 1 Daerah Johor Bahru

23 April yang lepas berlangsungnya majlis tersebut bagi Zon 1 Daerah Johor Bahru. Yang bestnya sekolah aku jadi tuan rumah...hahhahahha....Giler kan. Guru Besar aku lagilah terkejut sebab dah la dia baru masuk sekolah aku bulan 2 aritu. Pastu sekarang dah kena jadi tuan rumah pulak untuk majlis besar mcm tu..hhuhuuhu...Nak tak nak kena terimalah jugak...

Untuk persiapan majlis tu....Badan Kebajikan Sekolah aku keluarkan banyak peruntukkan untuk cantikkan sekolah aku ni...Dia kuar bajet untuk cat bilik darjah, beli pokok bunga, betulkan kerosakan lampu, kipas, simen, pasang aircon untuk bilik mesyuarat...macam2 la...yelah, sekolah aku tu dah uzur sebenarnya. Mula2 di bina tahun 1985...Sampai sekarang kot tak pernah cat baru...Akaun sekolah cuma keluarkan bajet untuk beli langsir bilik darjah je...tu pun dekat RM2000 jugak...yelah bilik darjah je dah ada 14, bilik mesyuarat lg, dewan lg...huhuhuhu...

Hari tu aku x banyak keje sangat. cuma bagiduit  tambang peserta pada Guru Besar setiap sekolah dan bagi duit saguhati pada para pemenang...Johan keseluruhan untuk Zon 1 aritu dimenangi oleh Sekolah Agama Sungai Tiram...Sekolah aku hanya menang kategori Berzanji je...Tempat ketiga...Takde rezeki tahun ni kot...Majlis aritu abis dalam pukul 1.30 petang...Kemas2 aku balik pukul 2.30 petang...Pastu x yah datang lg belah petang...Terus balik. Tu yang best tu...heehehehe


Kanopi yang disponsor oleh J.A. Venture Sdn. Bhd...Tq ye....


Ustazah Maslinah yang bertugas di tempat jamuan makanan....Menu aritu Nasi Ayam...


Ustazah Siti Halimah yang ditugaskan menjaga air...Malu pulak dia orang nak amik gambar...


Keadaan di dalam Dewan Raya Kempas Baru...Majlis Perasmian & Penutup diadakan di sini...


Persembahan Nasyid dari Sekolah Agama Kempas Baru....

No comments:

Post a Comment