Nuffnang

Wednesday, December 26, 2012

Kerja Akhir Tahun 2012...

Tahun 2012 dah hampir nak menutup tirainya...Aku macam biasalah sibuk dengan keje kat sekolah tu...Memang tak abis2..Sampai bawak balik umah...bukannya apa...Kalau kat sekolah tu tak sempat nak buat keje...Ada je yang mengganggu..Ibubapa datang nak tukarkan anak sekolah la, nak tanya bile bayar yuran, bile naik sekolah, bile boleh beli kitab, nak tukar sesi...Huh~~ Yang telefon sekolahnya lain, yang datang sekolahnya lain...Huhuhuhuh~~ Letih nak melayan.

Akhir tahun ni aku kena siapkan Akaun SUWA tu...nak clearkan semua lajur kontra. Nak sediakan resit murid, resit wang khairat, resit rasmi, punchkad, suratkuasa memungut wang untuk cikgu2, buat kenyataan cuti tahunan semua cikgu2, buat surat untuk ibubapa datang bayar yuran...Huh...banyakkan keje aku...HAHHAHAHAHAHA... Nak tak nak memang kena buat jugak...



Start tahun depan aku nak betulkan apa yang tak betul kat sekolah tu...Macam wujudkan Fail Timbul, bayangkan Fail Timbul xde sebelum ni...Isk3x...Control akaun suwa tu supaya lebih sistematik, ingatkan cikgu2 ni buat laporan masing2, macam2 la aku nak buat...Just wait & see...Semua tu untuk menyenangkan keje aku jugak...

Oklah, see u all guys in 2013...Selamat Tahun Baru semua!!!

Anak sedaraku...

Aku nak cerita sikit pasal anak sedara aku...Aku ada ramai anak sedara...Yang latest Kak Raudhah baru melahirkan anak lelaki dia pada 21.12.2012 aritu...Congrats kak...Dah dapat baby boy...Yang bestnya anak sedara aku yang paling tua sebaya aku...Dah kawin dan sekarang tengah mengandung 6 bulan..Alhamdulillah setelah menunggu hampir 3 tahun...Yang lain semua pun dah besar2...Pejam celik, pejam celik...kejap je diaorang semua nak bertunang & berumahtangga...Rasa dulu macam kecik2 je lagi...Main sama2...Hehhehehehe...Alhamdulillah anak sedara aku kebanyakannya semuanya belajar sampai ke menara gading...Sekarang keje pun dah bagus2...Kalah gaji aku..hahahhaha.

Cik Naha nak ucapkan Selamat Bertunang & Selamat Pengantin Baru pada semua...Semoga bahagia bersama pasangan yang dipilih...Amin

Yang latest Eja, Angah & Maiza...




Econsave Drift Challenge

15 & 16 Disember lepas plak My Hubby masuk drift competition kat Econsave Senai. Competition ni dianjurkan oleh JB Drift Club & KBS Johor...Mula-mula kereta Corona dia ok...Pastu masa time sesi practice je turbo dia pow...Abis kereta x leh jalan. Last2 dia kongsi bawak kereta adik dia Toyota Gallant...Masa aritu hujan. Aku datanglah jugak kat sana support My Hubby...Dia dapat No. 8 (Best 16)...Alhamdulillah. Tapi dia frust sebab tak dapat nak bawak kereta sendiri. Takpelah, takde rezeki kali ni...Maybe next time...

Inilah Medal yang My Hubby dapat masa competition tu...


Tag Drifter...


Video masa dia battle dengan kereta lain...


Kursus Motivasi & Jati Diri @ YPJ Sekakap, Mersing

Assalam...

Apa khabar ye semua?Harap sihatlah ye...Aku kat sini sihat, alhamdulillah...Nak habaq mai nih...aritu 10 Dis - 13 Dis 2012 aku kena pegi Kursus Motivasi & Jati Diri anjuran Pejabat Pendidikan Agama Daerah Johor Bahru. Peserta yang terlibat adalah daripada kalangan guru-guru agama dan pembantu tadbir mcm aku ni...Semuanya dalam list ada 92 orang. Tapi yang datang cuma 75 orang je..Yang tak datang tu nnt kena bayar balik la kot..Yang penting aku dah pegi. Mintak2 lepas ni nama aku tak naik lg lah...Yang malasnya nnt kadang2 nama naik sampai dua tiga kali. Padahal ramai lg yang tak pegi lagi...huh~~Yang tak bestnya aku malas pegi kursus ni sebab nak kena tinggalkan 2 putera aku tu...Aduh...memang touching. Kalau kursus dekat2 takpe lg...Boleh aku balik. Kat area JB jeke...Ni kat Mersing..huh~~

Aktiviti dalam kursus kali ni kebanyakannya outdoor. Antara aktivitinya ialah Jungle Traking, Flying Fox (aktiviti yang paling aku suka. rasa nak buat dua kali..hahahaha), Abserlling, Night Walk (aktiviti yang paling aku tobat nak buat lg...hahahahha), Menjaring, Berakit, Berkawat....Ekstreem kan?hahahahaha...Naik krem kaki aku dibuatnya...Muka kena sunburn. Abis mengelupas...Tapi yang bestnya last day dapat mandi laut...Huhuhuuhu~~

Nak cerita sikit pasal aktiviti Night Walk...Semua peserta di lepaskan masuk ke dalam hutan jam 9 malam...Masuk by group. Satu group ada 10 org. Campur laki pompuan. Peserta hanya dibenarkan bawak 2 lampu picit. Mula-mula masuk oklah...Lalu hutan2 je...Pastu dah masuk dalam sket...ada paya bakau...Bayangkan paras air dalam paya bakau tu paras leher.Dah la busuk. Ada anak ular air.Lalu2 depan belakang aku.Huhuhuhu...Pastu kitaorang jumpa ular sawa. Nasib baik dia lalu je. Dup dap dup dap jugak jantung aku...Keluar masuk paya...Last2 jumpa jalan keluar pukul 11.15 malam...Pergghhh...penat giler.badan gatal2, kasut berlumpur...huh~~ Tapi tak pelah...tu semua pengalaman buat aku.Tapi tobat tak nak pegi lagi...HAHAHAHAHAHA....

Ni lah gambar yang sempat di ambil masa kursus tu...

Masa baru sampai...boleh la posing sket...haahahaha


Bergambar dengan Kak Rahidawati...Sama2 kena pegi kursus...huhuhu


Gambar laut kat sana yang aku sempat mandi sebelum balik..ehehhehehhe


Aktiviti menjaring yang dapat ikan x seberapa....


Tempat Flying Fox..tak sempat nak rakam gambar...hampa


Mendengar taklimat daripada pelatih sebelum memulakan aktiviti...


Video aku buat abserlling...hahhahahaha


Sempat bergambar dalam hutan masa buat Jungle Tracking...


Nilah antara peserta yang pegi...Muka dah rentung masa ni...hahahhahaha