Nuffnang

Tuesday, July 09, 2013

Salam Ramadhan 1434H...

Salam..kepada semua rakan2 dan family..saya ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa tahun ini..Semoga kita sama2 perbanyakkan amalan di bulan yg penuh mulia & barakah ini...Sama2lah kita mencari keredaanNya...Amin





Saturday, July 06, 2013

Ihtifal Ilmi Tadika Agama Johor (TAJ)

Pada 02 Julai 2013 hari Selasa lepas anakku Muhammad Yusuf Asyraff telah memasuki Pertandingan Tilawah & Membaca Teks Jawi dalam Program Ihtifal Ilmi TAJ yang diadakan di Sekolah Agama Bandar Seri Alam..Semua Tadika Agama dalam Johor ni mengambil bahagian..Alhamdulillah Asyraff dapat Johan dalam Pertandingan Membaca Teks Jawi...Tahniah umi ucapkan pada Utop..Good boy & son..Next year jadi Johan Tilawah pulak eh...Tahun ni xde rezeki kategori tu...Rezeki kat Baca Teks Jawi pulak..Alhamdulillah










Peperiksaan Khas Untuk Memasuki Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 Tahun 2013

Pada 25, 26 & 17 Jun yang lepas aku mencuba nasib mengambil peperiksaan N27...Aku kena kat Hotel Central @ Merlin Tower, Johor Bahru...Peperiksaan ni untuk naik pangkat N27 kalau ada rezeki..Ada 3 bahagian...Semuanya esei..lenguh jugak menjawab aritu...Tapi aku rasa aku repeat la periksa ni next year sebab aku x prepare untuk amik periksa ni...Main amik je..Buku pun sehari sebelum periksa tu baru cari...giler kan...hahahhaha...carik kat Badan Cemerlang Angsana semuanya dah abis...terpaksalah copy kat internet je...Tu pun mana yang dapat je...Tak semua...Nasib2...



Bahagian 1 (A) - Perintah Am, Arahan Perbendahaarn Dan Tatacara Pengurusan Stor


Bahagian 2 (B) - Panduan Pengurusan Pejabat, Arahan Keselamatan Dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam


Bahagian 3 (C) - Undang-undang Umum


Inilah antara buku2 yang aku kena baca...Adeh...Next year beli awal2 la buku.Kalau tak mesti out of stock!!!

Aktiviti Bersama Dua Hero Ku...

Aritu kitaorang pegi makan aiskrim kat Tutti Frutti Setia Tropika...Saje je nak try...Tak penah try...Rupanya boleh pilih2 apa yang kitaorang nak..Perisa aiskrim ape, nak letak topping ape...Tapi jangan main sedap pilih je...Masa nak bayar dikira ikut berat aiskrim tu...Aritu kitaorang kena RM18.00 kot...Takpelah sekali sekala...bukannya selalu...hehhehehehe. Nyam Nyam~~





Yang ni plak masa kitaorang makan kat Marrybrown Angsana...Amir suka sangat main bola2 tu...Tak nak balik pulak...Adeh..Masalah..Tapi last2 pujuk2 dia ok...





Yang ni pulak paling kelakar...Amir boleh termasuk kat dalam celah kerusi tu...Masa ni dia ikut aku gi sekolah...Amir..Amir...




Mesyuarat Agong Badan Kebajikan Ke-25 & Anugerah Pelajar Cemerlang Tahun 2012

Salam...

Lama x post dalam blog..Sorilah bz memanjang kat sekolah tu...Sekarang ni plak tengah bz Pendaftaran Darjah 1...Aku plak ditugaskan buat Kenyataan Perkhidmatan cikgu2 DGA29 kat PPADJB...Aduh...lepak siot.Isnin & Selasa buat keje kat sekolah...Rabu, Khamis, Jumaat buat keje kat PPADJB...Leceh siot. Nak puasa lg nnt ni...Anak2 aku lagi...Adeh...Ape nak buat...dah arahan...kenalah buat jugak...huh

Pada 23 Jun 2013 hari Ahad yang lepas, sekolah aku telah mengadakan Mesyuarat Agong Badan Kebajikan Ke-25 & Anugerah Pelajar Cemerlang Tahun 2012..Ianya dirasmikan oleh YB Datuk Tengku Putra Haron Aminurrasyid Bin Tan Sri Tengku Hamid Jumat (ADUN) Kawasan Kempas..Ramai jugak ibubapa yang hadir..Pada haritu diadakan cabutan bertuah..Ada hadiah dapur gas,seterika,kettle elektrik,hamper..Aku x bertuah haritu..x dapatlah apa2 hadiah..huhuhu..sedih~~

Aku macam biaselah haritu kena jaga bahagian makanan VIP..menu aritu laksa johor..AJK Badan Kebajikan yang masak..Sedap..Ada sate jugak..Inilah gambar yg sempat aku amik masa aritu...


Buku Program yang dibuat oleh Ustazah Nor Azah...Next year dia ckp nak mintak tolong aku buatkan jugak...Adeh...bertambahlah lagi keje aku...


Mesyuarat Badan Kebajikan yang sedang diadakan...


Yang baju oren tulah YB kite...


Para ibubapa yang hadir...


Pada hari tu jugak diadakan Jualan Amal untuk mengisi Tabung Sekolah...1 bungkus barang kering rumah RM5 dan ada jugak RM10...