Nuffnang

Sunday, June 29, 2014

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1435H...

Assalamualaikum...

 Alhamdulillah bertemu juga aku dalam bulan Ramadhan tahun ni...Doaku semoga Ramadhan kali ini lebih beerti dari sebelumnya...Sama2lah kita banyakkan amalan di bulan yang mulia ni...

Ramadhan Kareem..




Biskut Raya 2014...

Raya datang lagi...hehehhe...belum puasa dah nak raya ek...

Macam biasalah tiap2 tahun aku akan tolong my sis Kak Zah jualkan biskut raya dia...Tahun ni ada dua biskut yang baru...Red Velvet & Green Tea...

Sape2 yang berminat bolehlah PM aku eh...cepat sebelum terlambat...Selamat Berpuasa!


Mesyuarat Agung Badan Kebajikan & Anugerah Pelajar Cemerlang Tahun 2013...

Pada 22 Jun 2014 (Ahad) Sekolah Agama Kempas Baru mengadakan Mesyuarat Agung Badan Kebajikan & Anugerah Pelajar Cemerlang Tahun 2013...Ianya dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Nur Jazlan Bin Tan Sri Mohamed (Adun Pulai)...

Seperti biasa tugas aku kat bahagian VIP...Aku kena siapkan tempat diaorang makan..Menu aritu ketam masak sambal, ikan siakap masak asam pedas, sayur nangka masak lemak, ikan masin, ulam2an & sambal belacan...Nyum2

Utop dapat Anugerah Pelajar Cemerlang masa dia sekolah Tadika Agama Johor tahun lepas kat sekolah ni...Alhamdulillah















Jalan-Jalan Ke Zoo Johor...

Last cuti pertengahan tahun aritu kitaorang gi Zoo Johor...Last2 minute punya plan..Lepas gi majlis kahwin anak sedara aku (anak Kak Som) Eda, kitaorg terus gi zoo..Aku dengan pakai baju kurung...hahahha.Lantaklah...Ada aku kesah?

Masuk2 je dalam zoo tu ada pekerja dia offer kitaorang untuk amik gambar...kuar je zoo tu diaorang offer kitaorg beli gambar yang diaorang snap tadi...RM25.00 sekeping...Gile mahal...pandai betul diaorg nak cari duit ek...aku of coz la x beli...baik print sendiri kat umah.Beli kertas gambar kodak, letak border tulis zoo johor, pastu print...baru brape ringgit je...hahahahha














Selamat Ulangtahun Kelahiran Amir Yang Ke-3...

03 Jun 2014 merupakan Hari Ulangtahun Kelahiran Muhammad Amir Rahimin a.k.a Adik yang ke 3 tahun...Hari ni jugak merupakan Hari Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke 8 tahun...Ingat tarikh besday Amir, ingatlah tarikh anniversary kami...

Aku belikan adik cheese cake..Kalau beli kek biasa tu dia tak suka makan...So, beli jelah kek yang kecik je...ala kadar...suka sangat dia masa nak potong kek tu..

Kepada Muhammad Amir Rahimin...ummi doakan semoga adik dipanjagkan umur & jadi anak yang soleh...Alhamdulillah adik dah mula pandai cakap dah umur masuk 3 tahun ni..Tak lah ummi risau sangat adik tak pandai cakap lagi...

Kepada My Hubby...Sempena anniversary kita ni...Ummi doakan semoga ikatan perkahwinan kita sampai ke Jannah & semoga perjalanan hidup kita dipermudahkan oleh Allah s.w.t Aamiin...Luv You!!!