Nuffnang

Thursday, May 31, 2012

Selamat Tinggal PTG...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua...Arini aku dapat surat Perintah Bertukar...sebenarnya aku memang dah lama mintak tukar tempat kerja...Aku pun belum berkesempatan nak cerita pasal kerja aku kat korang semua ek...For all ur info, aku kerja kerajaan..hanya sebagai Pembantu Tadbir N17...Sebelum ni aku kerja kat Jabatan Agama Johor (kontrak) tahun 2006-2008...Pastu dapat posting (tetap) kat Universiti Teknologi Malaysia (UTM)...Aku terima post tu tp x lama aku kat UTM 3 bulan je, aku dapat offer post (tetap) jugak kat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ) dan aku di tempatkan kat Pejabat Tanah & Galian Johor (PTG)...

So, aku letak jawatan kat UTM...amik post kat PTG...Mesti korang ckp rugi aku letak jawatan kat UTM tu kan...Dahlah bukan senang nak dapat kerja kat sana...aku bleh lepaskan plak...Erm, entah ek..bukan aku tak suka kerja kat UTM tu...Tapi macam xde hatilah aku kat UTM tu... tak tahu kenape...Environment kat UTM ni lain sket...Diaorg ni kebanyakan semuanya educated..Aku ssh nak campur dgn org2 mcm ni...

So, aku mula start keje kat PTG 22/12/2008 sampailah sekarang...lama jugakkan...Masuk tahun 2009 aku dh start hantar borang tukar...Erm, nak tahu kenape?..hehhehehe...Aku pun rasa jiwa aku x leh kat PTG ni...mule2 keje dah la tak faham satu ape..pastu nak gi kursus dalam setahun tu pun boleh dikira berape kali je...kadang2 xde langsung...Maka kosonglah SKT aku tahun tu...(nyanyi lagu Kosong sketlah by Najwa Latif)...lalalalalala...

Tapi sebab utama aku mintak tukar adalah sebab anak2 aku...kesian kat diaorg...sebab lain jugak sebab kos yg tinggi (minyak kereta), perjalanan yg jauh, selain boring dgn buat keje yg sama je tiap2 ari...So, bermula esok 01 Jun 2012 aku diperintahkan bertukar ke Sekolah Agama Kempas Baru...jadi kerani sekolah agama la plak aku lepas ni...Lepas ni mesti kena panggil ustazah punya kat sekolah tu...hahahhaha (ustazah la sgt aku ni)...Esok aku lapor diri je dulu pastu aku mintak tangguh seminggu untuk settlekan keje kat PTG ni...

So, next post nnt aku ceritakan pengalaman pertama aku masuk keje kat sekolah agama tu okey...bye!!

Monday, May 28, 2012

Puasa Sunat Rejab

REJAB boleh dikatakan sebagai bulan yang ditunggu kebanyakan umat Islam kerana sesiapa yang berpuasa dipercayai mendapat fadilat yang sangat besar.
Firman Allah SWT dalam surah At-Taubah ayat 36, “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, (demikian) di dalam Kitab Allah, sejak hari Dia menjadikan semua langit dan bumi. Daripadanya adalah empat yang dihormati. Demikianlah agama yang lurus. Maka janganlah kamu menganiaya diri kamu pada bulan-bulan itu…” Prof Dr Hamka dalam Tafsir Al-Azhar menafsirkan ayat ini yang bermaksud: “Maka setelah bangsa Arab memeluk agama Tauhid, agama Hanif, yang dikenali sebagai Islam, yang disampaikan oleh Nabi Ibrahim dan Ismail, diadakan empat bulan yang dihormati. Dihormati itu kerana pada keempat-empat bulan itu tidak boleh berperang dan tidak boleh balas dendam. Empat bulan itu ialah Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam. tiga berturut-turut, dan yang satu lagi ialah bulan Rejab (bulan ketujuh).
Dengan penerangan yang diberikan oleh Prof Dr Hamka, keistimewaan bulan Rejab sama saja dengan tiga bulan yang lain iaitu Zulkaedah iaitu bulan untuk mempersiapkan diri untuk pergi menunaikan haji dan pada bulan seterusnya iaitu Zulhijjah. Kemudian, bermulalah bulan Muharam sebagai pembuka tahun baru dalam kalendar Islam yang sinonim dengan peristiwa Hijrah Nabi SAW dari Makkah ke Madinah.
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA, bahawasanya beliau berkata: “Rasulullah SAW apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda SAW berdoa; Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami (dengan selamatnya) ke bulan Ramadan. (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Ath-Thabarani) Malah, Abu Daud meriwayatkan bahawa Al Allamah Ibnu Hajar dalam tulisannya menyatakan Baginda SAW ‘memandubkan’ (sunat) berpuasa di bulan Haram. Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tidak ada satupun hadis sahih membuktikan bahawa berpuasa pada hari tertentu dalam bulan Rejab, akan mendapat ganjaran istimewa.
Ahli panel fatwa IslamOnline, Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi, ketika diminta memberi fatwa mengenai adakah berpuasa di dalam bulan Rejab itu sunat atau bidaah, menyatakan bahawasanya berpuasa di dalam bulan Rejab adalah maqbul (diterima) dan mustahab (sunat), ke atas semua perkara. Tetapi Rasulullah SAW tidak berpuasa satu bulan penuh melainkan hanya pada bulan Ramadan.
Malah, walaupun Baginda SAW banyak berpuasa di dalam bulan Syaaban tetapi tidak berpuasa sepenuhnya.
Dalam hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud menyatakan bahawasanya: “Baginda SAW berpuasa sehingga kami mengatakan baginda tidak berbuka, Baginda berbuka sehingga kami mengatakan baginda tidak berpuasa.” Al-Qaradawi tegas mengatakan bahawasanya disunatkan berpuasa pada bulan-bulan haram termasuklah bulan Rejab tetapi tidaklah sepenuh bulan Rejab dan Syaaban kerana ini tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW mahupun para sahabat.
Syeikh Muhammad Mutawali Al-Syarawi dalam fatwanya menjawab persoalan mengenai puasa sunat menyenaraikan lapan jenis puasa yang beliau sifat sebagai ‘puasa yang orang Islam lakukan bagi mendekatkan diri kepada Allah’ iaitu: Pertama, puasa hari Arafah (9 Zulhijjah khusus bagi mereka yang tidak menunaikan Haji). Kedua, puasa hari Asyura (10 Muharam). Ketiga, puasa enam hari di dalam bulan Syawal. Keempat, puasa hari-hari Putih di dalam bulan-bulan Islam iaitu pada hari ke-13,14 dan 15. Kelima, berpuasa pada hari Isnin dan Khamis setiap minggu.
Keenam, berpuasa di dalam bulan-bulan haram iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Ketujuh, berpuasa sembilan hari daripada bulan Zulhijjah (dari 1 hingga 9 Zulhijjah). Kelapan, banyakkan berpuasa di dalam Syaaban.
Maka di sini, dapat disimpulkan bahawa Rejab adalah bulan yang mulia sebagaimana bulan-bulan haram yang lain. Dalam bulan Rejab ini sama-samalah kita meninggalkan perbuatan yang dilarang dan diharamkan seperti menzalimi diri sendiri, serta memperbanyak ketaatan kepada Allah SWT dan memperbanyakkan membuat amal kebaikan. Marilah kita mempersiapkan diri untuk memasuki bulan Ramadan yang bakal menjelma dua bulan daripada sekarang agar termasuk sebagai Islam yang berjaya di bulan tersebut dan memperoleh Lailatul Qadar. Pada bulan ini jugalah berlakunya peristiwa besar seperti peristiwa Israk dan Mikraj pada tanggal 27 Rejab di mana yang memaktubkan solat fardu sebagai ibadat wajib yang perlu dilaksanakan umat Islam. Berpuasalah dalam bulan ini sekadar yang mampu tetapi janganlah sehingga melampaui batas.
Jadi sama2lah kita menambahkan pahala dan renung2kan & selamat beramal...
Artikel ini dipetik daripada Harian Metro

Wednesday, May 23, 2012

Iskandar Drift Challenge Champion at Kulai...19 Mei 2012 & 20 Mei 2012



Ada satu benda yg aku nak kongsi kat sini...husband aku ada satu hobi yang boleh dikategorikan agak ganas & pelik...kalau org tahu kerja dia dgn hobi dia ni mesti org x caya...hahhaha...aku sbg wife dia bagilah moral support kat dia...menyertai sukan bermotor drift ni agak kasar jugak modalnya...banyak dh husband aku perabihh duit utk hobi dia ni...aku pun adalah bagi sket2...

Setakat ni dh 3 competiton dia masuk...1st kat Air Hitam, 2nd kat Batu Pahat & yg terbaru ni kat Kulai...Kat Air Hitam x dpt no ape2, kat Batu Pahat dpt Best 16th tp kali ni luck dia baik...dia dpt 1st Runner-up (Naib Johan) dlm competition kat Kulai ni...aku x sangka jugak..tp Alhamdulillah dia dh buat yg terbaik & dapat tunjukkan bakat yg dia ada....Tahniah ummi ucapkan kat Abi sebab menang tempat ke-2 aritu...Keep ur good work!!!


Ni lah video sudden death dia lawan dgn drifter dari Singapore....kereta dia yg warna Gold tu (Toyota Corona)...check it out...


Birthday Utop 5 Tahun...

1st post aritu aku letak besday Amir 1 tahun...2nd post kali ni aku letak besday Utop plak 5 tahun...nanti x letak x adil plak kan...Besday Utop aritu 07 Mei 2012...Sebelum2 ni celebrate kat umah je...Kali ni saje je aku nak buat lain sket...buat kat Tadika dia...Saje je nak buat dia hepi dgn kwn2 dia plak...Aritu aku tempah kek kat Kak Noni..Tq kak buatkan kek yg cantik ni...Utop nak gambar Boboiboy...Pastu aku sediakan sikit goodies bagi kat budak2 kat Tadika utop...

Kepada Muhammad Yusuf Asyraaf a.k.a Utop...ummi ucapkan selamat hari lahir yg ke 5 tahun...Semoga jadi anak yg soleh, abang yg baik pd adik Amir & menjadi insan yg berguna satu hari nnt...Amin
Ummi pun sayangggg kat Utop...Muuuahhhsss!!! kat pipi Utop~~


Gambar blur sbb kamera dh nak abis bateri...tp nasib baik dapat jgk amik satu gambar ni...mintak tlg cikgu dia yg amikkan...Tq Cikgu Aida

Goodies utk kwn2 dia...

Tuesday, May 22, 2012

1 Rejab 1433H....Muhammad Amir Rahimin turn 1

Assalamualaikum....First time aku buat blog arini..hehehehe...saje je sebenarnya nak try buat blog nie...utk mengisi masa lapang...boring dgn keje...bleh lepaskan tension kat sini...hahahaha....Sebenarnya nak cerita arini hari lahir anakku yg kedua...Muhammad Amir Rahimin....genap umur dia setahun mengikut kalendar Islam arini 1 Rejab 1433H...Tarikh lahir dia sebenar ikut kalendar Masihi pada 03 Jun ni...arini jugak aku amik berkat utk berpuasa sunat 1 Rejab...Ummi doakan Adik Amir semoga menjadi anak yg soleh & insan yg berguna satu hari  nnt....Amin
Ummi sayanggg Adik...Muuaahhss!!! kat pipi adik~~


Masa lahir 03 Jun 2011, 3.2kg...

Masa ni baru masuk 2 bulan...pipi dh tembam semacam...
Ni pulak dh 7 bulan...badan still tembam...dh 7.5kg