Nuffnang

Sunday, May 26, 2013

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Agama Kempas Baru Tahun 2013...

Assalam...
16 Mei 2013 yang lepas adalah Hari Guru...Sekolah aku buat sambutannya pada hari tersebut. Pukul 11 acara bermula. Dimulai dengan bacaan doa, nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Johor, Lagu Guru Malaysia & Lagu Perkhidmatan Awam...Pastu ucapan dari Guru Besar, Ustaz Hj. Kathiman Bin Hamsar dan kemudian acara betukar2 hamper hadiah...Sorang diminta untuk bawak 1 hamper berupa barangan makanan. Tak kiralah jajan ke, barangan kering rumah ke mcm gula pasir, susu pekat, megi, sardin ke...ape2 je asalkan berharga RM15.00...Aku pun tak terkecuali untuk turut serta. Kira macam cabutan bertuah la...Guru Besar aku tak nak buat pertukaran hadiah. Dia ckp nanti ada yang ckp belakang ckp hadiah yang dia dpt tu x best la, x senilai dgn harga la....Tu yang dia suruh buat hamper tu...

Pastu ada acara potong kek yang disponsor oleh Ustazah Noorsa'adah Sa'at...Kek Secret Recipe kau...Pastu ada tayangan slide yang di buat oleh Ustaz Fuaize Yahaya...Pastu makan...Makanan cikgu2 yang masak sendiri...Bahagi2 lauk sape yang buat...ada yang masak ikan masak asam pedas, ada yang masak sayur nangka masak lemak, buat koktail, ulam2, kuih2 & buah2an....aku ditugaskan untuk goreng ayam...2 ekor ayam kau...aku goreng pakai tepung KFC tu..beli kat Maslee...dapat pujian woo...ada permintaan yang suruh goreng lagi next time...hahahhaha. Saje suruh aku buat keje

Pastu sesi petang diadakan acara bersama murid2....Ada Kuiz untuk Tahap 2 dan acara permainan guru...Pukul 5 petang selesai majlis...aku pun balik....Kepada semua guru seluruh dunia aku ucapkan Selamat Hari Guru...Jasamu Mendidik Anak Bangsa Tetap Akan Dikenang Sampai Bila-bila...Terima Kasih Cikgu!!!


Kek Secret Recipe tu...


Ucapan dari Guru Besar kite...


Inilah hamper2 tu...


Hadiah dari Majlis Guru & Badan Kebajikan Sekolah...Tiap2 sorang dapat tarmos dengan beg silang...


Antara makanan pada hari itu...Nyam2..Ala, tak sempat plak nak amik gambar ayam goreng aku...hahahahhaa


Hadiah yang disampaikan oleh Guru Besar...Tersamalah pulak warna tudung dengan baju GB aku ni aritu....kwang kwang kwang...


Acara bersama guru...Masukkan manik dalam tali...Kumpulan aku kalah...GB la rabun..lambat masukkan manik tu dlm lubang....


Inilah rupa manik yang dah siap...Dah macam tasbih la pulak....


Acara Musang Berjanggut...3 jenis kacang dicampurkan dalam satu bekas. Pastu kena asingkan ikut jenis kacang...Sebab tu lah acara ini dinamakan 'Musang Berjanggut"...Kumpulan aku pun kalah jugak dalam acara ni...takde luck la aritu...=(

Thursday, May 09, 2013

Ulang Tahun Kelahiran Utop Yang Ke-6 Tahun...

Ari Selasa yang lepas 07 Mei 2013 genap umur anak aku yang sulung Muhammad Yusuf Asyraaf Bin Mohd Hafizi 6 tahun...Dah besar dah Utop...Aku belikan kek gambar Ben 10...Tempah kat KipMart Skudai...Aku janji nak amik ari Isnin (06.05.2013) pukul 4 petang...Aku amik lambat. Nak dekat pukul 10 malam...Sampai2 kedai tu dia ckp kek aku xde...Dia ckp tersalah hantar kat cawangan dia kat Angsana...Kedai tu ada banyak cawangan...Kat KipMart Skudai, KipMart Masai, Angsana...tu yang dia ckp pekerja dia tersalah hantar kat Angsana. So, aku kena amik esoknya (07.05.2013)...Angin jugak aku.Kedai kek tu owner dia Cina. Tapi yang buat kek tu Melayu...Tu yang aku nak tempah kat situ tu. Nama kedai kek dia Yummy O Donut Bakery...

So, aku amiklah pagi Selasa tu (07.05.2013)...Kuar sekolah jap gi amik kek kat KipMart...Aku nak bawak kat Tadika Agama Utop. Biar dia makan dengan kawan2 dia...Aku goreng nugget je aritu bawak gi sekolah. Aku ada buat goodies jugak bagi kat kawan2 dia...

Kepada Utop...Ummi doakan semoga Utop jadi anak yang soleh, insan yang berguna & ikut cakap orang tua. Jadi budak yang rajin, pandai & berjaya dalam pelajaran...Amin =)


Kek Ben 10



Utop potong kek...eh, budak pompuan tu tengok Utop pulak...Hahaha


Budak kelas dia tak ramai...10 orang je..sorang tak datang...Tadika dia buat 2 sesi...sesi pagi 6 tahun...sesi petang 5 tahun...


Cikgu kelas dia...Cikgu Robiah Binti Said


Aku dengan Utop & kawan2 dia...


Makan time...


Goodies untuk kawan2 dia...

Sunday, May 05, 2013

Pilihanraya Umum Ke-13...PRU 13

Arini hari mengundi untuk semua rakyat Malaysia....Aku...tak daftar mengundi sebenarnya...Erm, tah ek...nak undi tapi tak yakin nak pilih siapa jadi ketua kite...So, aku pilih untuk tidak mengundi...Aku sebenarnya malas & tak nak cakap pasal politik2 ni...Aku tak suka politik...Politik tu bersih...Orang yang jadikan politik tu kotor...Macam2 aku dengar pasal parti tu la, parti ni lah...Yang tak bestnya islam sesama islam bergaduh...Sedih...Kenapa Barisan Nasional tak bergabung je dengan Pas & Keadilan??? dan kenapa Pas & Keadilan nak campurkan DAP dalam parti diaorg??? Pakatan apakah ini? Pakatan untuk menumbangkan kaum sendiri? Tahlah...tak suke ckp pasal politik ni...Kalau boleh duduk negara Arab kan best. Semuanya Islam...Tapi tak mampu plak nak duduk sana... : (

Harapan aku satu je...semoga negara Malaysia ni tak di jajah oleh kuasa asing & tak diperintah oleh kaum asing...Sama2 lah kite fikirkan...








Majlis Perujian Tilawah Al-Quran Peringkat Zon 1 Daerah Johor Bahru

23 April yang lepas berlangsungnya majlis tersebut bagi Zon 1 Daerah Johor Bahru. Yang bestnya sekolah aku jadi tuan rumah...hahhahahha....Giler kan. Guru Besar aku lagilah terkejut sebab dah la dia baru masuk sekolah aku bulan 2 aritu. Pastu sekarang dah kena jadi tuan rumah pulak untuk majlis besar mcm tu..hhuhuuhu...Nak tak nak kena terimalah jugak...

Untuk persiapan majlis tu....Badan Kebajikan Sekolah aku keluarkan banyak peruntukkan untuk cantikkan sekolah aku ni...Dia kuar bajet untuk cat bilik darjah, beli pokok bunga, betulkan kerosakan lampu, kipas, simen, pasang aircon untuk bilik mesyuarat...macam2 la...yelah, sekolah aku tu dah uzur sebenarnya. Mula2 di bina tahun 1985...Sampai sekarang kot tak pernah cat baru...Akaun sekolah cuma keluarkan bajet untuk beli langsir bilik darjah je...tu pun dekat RM2000 jugak...yelah bilik darjah je dah ada 14, bilik mesyuarat lg, dewan lg...huhuhuhu...

Hari tu aku x banyak keje sangat. cuma bagiduit  tambang peserta pada Guru Besar setiap sekolah dan bagi duit saguhati pada para pemenang...Johan keseluruhan untuk Zon 1 aritu dimenangi oleh Sekolah Agama Sungai Tiram...Sekolah aku hanya menang kategori Berzanji je...Tempat ketiga...Takde rezeki tahun ni kot...Majlis aritu abis dalam pukul 1.30 petang...Kemas2 aku balik pukul 2.30 petang...Pastu x yah datang lg belah petang...Terus balik. Tu yang best tu...heehehehe


Kanopi yang disponsor oleh J.A. Venture Sdn. Bhd...Tq ye....


Ustazah Maslinah yang bertugas di tempat jamuan makanan....Menu aritu Nasi Ayam...


Ustazah Siti Halimah yang ditugaskan menjaga air...Malu pulak dia orang nak amik gambar...


Keadaan di dalam Dewan Raya Kempas Baru...Majlis Perasmian & Penutup diadakan di sini...


Persembahan Nasyid dari Sekolah Agama Kempas Baru....