Nuffnang

Thursday, May 09, 2013

Ulang Tahun Kelahiran Utop Yang Ke-6 Tahun...

Ari Selasa yang lepas 07 Mei 2013 genap umur anak aku yang sulung Muhammad Yusuf Asyraaf Bin Mohd Hafizi 6 tahun...Dah besar dah Utop...Aku belikan kek gambar Ben 10...Tempah kat KipMart Skudai...Aku janji nak amik ari Isnin (06.05.2013) pukul 4 petang...Aku amik lambat. Nak dekat pukul 10 malam...Sampai2 kedai tu dia ckp kek aku xde...Dia ckp tersalah hantar kat cawangan dia kat Angsana...Kedai tu ada banyak cawangan...Kat KipMart Skudai, KipMart Masai, Angsana...tu yang dia ckp pekerja dia tersalah hantar kat Angsana. So, aku kena amik esoknya (07.05.2013)...Angin jugak aku.Kedai kek tu owner dia Cina. Tapi yang buat kek tu Melayu...Tu yang aku nak tempah kat situ tu. Nama kedai kek dia Yummy O Donut Bakery...

So, aku amiklah pagi Selasa tu (07.05.2013)...Kuar sekolah jap gi amik kek kat KipMart...Aku nak bawak kat Tadika Agama Utop. Biar dia makan dengan kawan2 dia...Aku goreng nugget je aritu bawak gi sekolah. Aku ada buat goodies jugak bagi kat kawan2 dia...

Kepada Utop...Ummi doakan semoga Utop jadi anak yang soleh, insan yang berguna & ikut cakap orang tua. Jadi budak yang rajin, pandai & berjaya dalam pelajaran...Amin =)


Kek Ben 10



Utop potong kek...eh, budak pompuan tu tengok Utop pulak...Hahaha


Budak kelas dia tak ramai...10 orang je..sorang tak datang...Tadika dia buat 2 sesi...sesi pagi 6 tahun...sesi petang 5 tahun...


Cikgu kelas dia...Cikgu Robiah Binti Said


Aku dengan Utop & kawan2 dia...


Makan time...


Goodies untuk kawan2 dia...

Sunday, May 05, 2013

Pilihanraya Umum Ke-13...PRU 13

Arini hari mengundi untuk semua rakyat Malaysia....Aku...tak daftar mengundi sebenarnya...Erm, tah ek...nak undi tapi tak yakin nak pilih siapa jadi ketua kite...So, aku pilih untuk tidak mengundi...Aku sebenarnya malas & tak nak cakap pasal politik2 ni...Aku tak suka politik...Politik tu bersih...Orang yang jadikan politik tu kotor...Macam2 aku dengar pasal parti tu la, parti ni lah...Yang tak bestnya islam sesama islam bergaduh...Sedih...Kenapa Barisan Nasional tak bergabung je dengan Pas & Keadilan??? dan kenapa Pas & Keadilan nak campurkan DAP dalam parti diaorg??? Pakatan apakah ini? Pakatan untuk menumbangkan kaum sendiri? Tahlah...tak suke ckp pasal politik ni...Kalau boleh duduk negara Arab kan best. Semuanya Islam...Tapi tak mampu plak nak duduk sana... : (

Harapan aku satu je...semoga negara Malaysia ni tak di jajah oleh kuasa asing & tak diperintah oleh kaum asing...Sama2 lah kite fikirkan...








Majlis Perujian Tilawah Al-Quran Peringkat Zon 1 Daerah Johor Bahru

23 April yang lepas berlangsungnya majlis tersebut bagi Zon 1 Daerah Johor Bahru. Yang bestnya sekolah aku jadi tuan rumah...hahhahahha....Giler kan. Guru Besar aku lagilah terkejut sebab dah la dia baru masuk sekolah aku bulan 2 aritu. Pastu sekarang dah kena jadi tuan rumah pulak untuk majlis besar mcm tu..hhuhuuhu...Nak tak nak kena terimalah jugak...

Untuk persiapan majlis tu....Badan Kebajikan Sekolah aku keluarkan banyak peruntukkan untuk cantikkan sekolah aku ni...Dia kuar bajet untuk cat bilik darjah, beli pokok bunga, betulkan kerosakan lampu, kipas, simen, pasang aircon untuk bilik mesyuarat...macam2 la...yelah, sekolah aku tu dah uzur sebenarnya. Mula2 di bina tahun 1985...Sampai sekarang kot tak pernah cat baru...Akaun sekolah cuma keluarkan bajet untuk beli langsir bilik darjah je...tu pun dekat RM2000 jugak...yelah bilik darjah je dah ada 14, bilik mesyuarat lg, dewan lg...huhuhuhu...

Hari tu aku x banyak keje sangat. cuma bagiduit  tambang peserta pada Guru Besar setiap sekolah dan bagi duit saguhati pada para pemenang...Johan keseluruhan untuk Zon 1 aritu dimenangi oleh Sekolah Agama Sungai Tiram...Sekolah aku hanya menang kategori Berzanji je...Tempat ketiga...Takde rezeki tahun ni kot...Majlis aritu abis dalam pukul 1.30 petang...Kemas2 aku balik pukul 2.30 petang...Pastu x yah datang lg belah petang...Terus balik. Tu yang best tu...heehehehe


Kanopi yang disponsor oleh J.A. Venture Sdn. Bhd...Tq ye....


Ustazah Maslinah yang bertugas di tempat jamuan makanan....Menu aritu Nasi Ayam...


Ustazah Siti Halimah yang ditugaskan menjaga air...Malu pulak dia orang nak amik gambar...


Keadaan di dalam Dewan Raya Kempas Baru...Majlis Perasmian & Penutup diadakan di sini...


Persembahan Nasyid dari Sekolah Agama Kempas Baru....

Sunday, March 31, 2013

Jom tengok wayang... ; )

Cuti sekolah takde watpe...Tu yang plan nak gi tgk wayang...cite ape ek?Bola Kampung The Movie la...Lama giler tak gi tgk wayang...Sejak kawen sampai la skg...Masa ada Utop dulu pun plan mcm nak tgk cite Upin & Ipin Geng Pengembaraan Bermula tu..Tapi tak kesampaian..Time ada Amir ni pulak dapat tengok...Aku pegi tgk kat TGV Cinemas kat Jusco Bukit Indah...Oklah panggung dia...Tapi seat dia tinggi. Dekat sgt dengan skrin. Aircon pun tak kuat sgt...Tak mcm kat City Square...Sejuk giler.

Salah tak ek gi tgk wayang ni....Yelah My Hubby tu pegang jawatan yang berat...Tapi pada pendapat aku tak salah kitaorg gi tgk wayang ni...bukan gi buat salah pun...Sekadar berhibur untuk family...Sekali sekala. Bukan selalu.7 tahun sekali...hahahaha...Lagipun kitaorg tgk cite kartun je...bukan cite 18sx pun...Yang jadi salahnya pada aku kalau gi tgk wayang ni pegi dengan couple...berdua2an...buat ape2 kat dlm panggung tu...Mungkin sebab tempat ni di dalam kawasan hiburan tu yang jd salah kot...

Amir mula2 masuk panggung je terus terpegun tgk skrin panggung tu...Yelah besar giler.Tak tgk kiri kanan dia tgk cite tu...masa nak dekat abis cite tu baru dia dah tak senang duduk..Yelah lama gak cite tu..Dalam 2 jam ada...Pastu dah abis, tak nak balik plak. Nak tgk sampai tulisan tu kuar sampai abis...Masak...hahahhaha...Amir...Amir








Arini aku masak special sket...ikan siakap masak 3 rasa, ayam goreng kunyit, sayur kobis goreng dgn semestinya yang wajib telur dadar...hehehehe



Saturday, March 02, 2013

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434H & Majlis Keraian Perpisahan Guru Besar Sek. Ag. Kempas Baru

Assalamulaikum semua...

Apa kbr?harap semuanya sihatlah ye...Aku sekuarga kat sini sihat, alhamdulillah...Cuaca je yg tak menentu sekarang ni...kejap hujan, kejap panas...Kalau panas tu panas giler plak tu...So, diharap semua menjaga kesihatan masing2 ye...Lebihkan minum air masak...

Pada 01 Mac 2013....Sekolah aku mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434H dan Majlis Keraian Perpisahan Guru Besar...Bermula pukul 8 pagi dengan perarakan mengelilingi luar sekolah. Pastu Ceramah Maulidur Rasul dan Majlis Perpisahan Guru Besar...

Aku kena keje kat bahagian jamuan VIP...Kena serve makanan kat tetamu yang diraikan...Sibuk lah sikit...Aritu pelajar sekolah aku ramai yang datang...Lebih kurang dalam 1200 org...Huh, penuh sekolah...Murid2 Tahap 1 dibenarkan pulang jam 9 pagi manakala murid Tahap 2 dibenarkan pulang jam 10.30 pagi...Kena dengar ceramah dulu baru boleh balik.Makanan aritu dimasak oleh makcik kantin sekolahku...Menunya Nasi Serai, Ayam Masak Merah & Pencok...

Inilah antara gambar yg sempat aku amik masa aritu...


Utop dan kawan2 tadikanya...


Pelajar-pelajar Tahap 1...ramaikan...Ni baru Tahap 1...



Bungkusan nasi yang diberikan kepada pelajar2...Nak buat makan kat dulang tak larat nak basuh dulang...huhuhuhu...


Penceramah jemputan dan keadaan didalam Dewan Ibnu Sina, Sek. Agama Kempas Baru...


Pelajar-pelajar Tahap 2 yang khusyuk mendengar ceramah...hahahhaha kusyuk la sangat.


Tetamu VIP yang hadir...Ada wakil dari PPAD, Badan Kebajikan Sekolah, Penceramah Jemputan & Guru Besar Yang Diraikan...


Salah seorang mak ustazah kat sini sponsor nak buatkan pulut kuning...2 tingkat lagi kau...Khas untuk Guru Besar Yang Diraikan U. Hjh. Rokiah Bt. Hj. Darmawan...